
Immortalising North Borneo Photograph Exhibition II will be held from 2 February 2010 at Sabah Museum, Kota Kinabalu
Muzium Sabah akan mengadakan pameran tersebut mulai 2 Februari ini yang akan dibukarasmi oleh Yang Berhormat Datuk Haji Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang juga akan melancarkan Logo baru Muzium Sabah.
Show ▼
Sebanyak 116 keping gambar hitam putih koleksi George Cathcart Woolley yang telah dirakam sejak 1900
hingga 1926 di seluruh Sabah akan dipamerkan di bangunan utama Muzium Sabah di Kota Kinabalu. Persembahan pameran kali agak berlainan dengan pameran yang hampir sama pada beberapa tahun lalu dengan penambahan koleksi gambar hitam putih yang agak unik dan sukar diperolehi di mana-mana. Tema pameran ialah: Eko peancongan dan alam sekitar, kebudayaan, senibina, pengangkutan, keselamatan, sukan dan hiburan, tamu, perdagangan serta ekonomi yang menunjukkan kepelbagaian tatacara hidup penduduk tempatan pada masa lampau. Ini adalah antara aktiviti yang pertama pada tahun ini, sebelum Muzium Sabah menjadi tuan rumah perayaan Hari Muzium Antarabangsa pada 18-24 Mei akan datang. Anda hanya ada masa sebulan sahaja untuk melihat pameran ini, jadi JANGAN LEPASKAN PELUANG INI. Ia tidak akan dapat dilihat di mana-mana, hanya di di Muzium Sabah. Anda yang datang pada masa perasmian akan dapat masuk percuma.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Puan Su Chin Sidih tel: 088-253199 sambungan 211
Ismail Hj. Mansor
Kurator Penerangan dan Perhubungan Awam
MUZIUM SABAH
Ismail.Mansor@sabah.gov.my
Sumber SabahDotNet
Leave a Reply